JENNIFER LOVE HEWIT

 

Bukanlah satu nama baru dalam industri perfileman Hollywood. Dia yang berasal dari keluarga berdarah seni mula dikenali menerusi filem Party Of Five dan Kid In Corporated. Biarpun dia sudah lama berkecimpung dalam dunia seni lakon, JENNIFER akui masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki dan dirinya tidak yang terbaik, "saya kena bersengkang mata, berhujan dan mengharungi onak duri untuk berada untuk berada di puncak jaya," jelasnya.

Menurut JENNIFER, dia pernah bersusah di awal kemunculannya, jadi dia tidak mahu kesusahan itu membelenggu dirinya. "Bila jadi artis ini hidup saya semakin tenang. Tapi kadang-kadang susah juga, nasib baik ada tawaran berlakon, kalau tidak sudah tentu hidup saya terumbang –ambing". Jelasnya yang juga berlakon menerusi filem I Know What You Did Last Summer.

Ditanya tentang teman lelaki, kata JENNIFER, "setakat ini saya belum bersedia untuk menceritakan tentang teman lelaki. Tentang gosip yang timbul, itu semuanya tidak benar, kalau saya bercinta, saya akan beritahu. Saya memang suka berkawan dengan lelaki kerana mereka memahami jiwa wanita seperti saya, " ujarnya.